Naim Daniel Nyanyi Sumpah 'Live' Di Hospital Untuk Peminat Sakit Kanser Tahap Empat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Naim Daniel Nyanyi Sumpah 'Live' Di Hospital Untuk Peminat Sakit Kanser Tahap Empat


Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser tulang tahap empat mempunyai impian untuk berjumpa dengan pemegang juara Anugerah Juara Lagu ke-34, Naim Daniel. Adik Nur Aimy Adriana yang baru saja berusia 11 tahun itu kelihatan sangat gembira selepas Naim Daniel sendiri datang untuk melawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

BACA : Pertama Kali Bertanding, Naim Daniel Juara Di Anugerah Juara Lagu Ke-34

Adik Aimy dikatakan meminati lagu Sumpah dan pada Anugerah Juara Lagu ke-34 tempoh hari, adik Aimy tidak dapat menyaksikan persembahan Naim pada malam itu kerana sedang menjalani rawatan di hospital. Adik Aimy merupakan peminat kepada Naim Daniel dan pejuang kanser tulang tahap empat.


Naim pergi melawat Aimy demi mencapai impiannya. Semasa melawat adik Aimy, Naim juga berpeluang menyanyikan lagu Sumpah di depan adik Aimy dan tunjukkan bulan yang ada ketika dia membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 tempoh hari.

Naim juga meluahkan yang dia amatlah menyayangi kanak-kanak. Dia menyuruh orang ramai dan dirinya sendiri agar mendoakan adik Aimy sentiasa kuat untuk melawan penyakit dan kesihatannya.

OHMEDIA : NAIM NI SANGATLAH LOW PROFILE DAN MENGHARGAI SETIAP INDIVIDU YANG MENYOKONGNYA DIBELAKANG

Sumber : Naim Daniel

+ Baca respon pembaca Naim Daniel nyanyi lagu Sumpah untuk pesakit kanser di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.