OM Leaderboard Ad

Mujahid Sahkan Sajat Seorang Lelaki Secara Biologi


Jika tadi Ohmedia kongsi Sajat telah dibawa keluar dari Tanah Suci dan pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dikatakan akan jumpa pihak JPN untuk periksa kebenaran jantina Sajat. Kini segalanya sudah terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah mengesahkan bahawa Sajat adalah seorang lelaki.


Mujahid turut menyifatkan perbuatan Sajat telah menjejaskan imej Islam dan hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi. Berikut adalah pengesahan dari Mujahid.

Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan. Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Mekah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita. Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita. Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat. - Kata Mujahid.

Sekarang, kerajaan sedang menunggu laporan penuh berhubung perkara ini dan sekarang Mujahid turut berusaha mendapatkan maklumat dari agensi pelancongan yang bertanggungjawab membawa Sajat dan rombongan ke Makkah untuk mengerjakan umrah.

Mujahid juga turut memberi jaminan yang kesalahan yang dilakukan Sajat ini tidak akan menjejaskan kuota haji negara selepas ini kerana ia lebih kepada kesalahan individu itu sendiri selain dari memanggil semua agensi pelancongan bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.