OM Leaderboard Ad

Lucinta Luna Ditangkap, Polis Bingung Mahu Letak Di Penjara Lelaki Atau Wanita


Korang masih ingat lagi tak lagu Datuk Aliff Syukri yang berjudul Bobo Di Mana bersama Sajat dan Lucinta Luna yang mendapati dislikes paling banyak dan kecaman hebat daripada netizen di Youtube?


Haa, kalau korang nak tahu penyanyi transgender, Lucinta Luna telah ditangkap oleh pihak polis di kediamannya yang terletak di Thamrin City, Jakarta kerana dipercayai penyalahgunaan dadah jenis ecstacy tau.



Lucinta Luna atau nama sebenarnya ialah Muhammad Fatah yang berusia 30 tahun itu menjadi perhatian apabila dokumen pengenalan diri dan passport miliknya mempunyai perbezaan jantina.

Karena masih pemeriksaan kami masih belum tahu akan ditaruh di sel perempuan atau sel-sel laki.

Jadi, polis pun bingung sama ada nak meletakkan Lucinta Luna dalam penjara lelaki atau perempuan. Mana taknya, kad pengenalan Lucinta Luna tertulis jantina perempuan dan manakala passport pula adalah lelaki.

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNGLAH!

Sumber: Tribun News

+ Baca respon pembaca benci dadah di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.