Liverpool Sudah Tahu Cara Untuk Kalah, Salah Tidak Harus Dipersalahkan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Liverpool Sudah Tahu Cara Untuk Kalah, Salah Tidak Harus Dipersalahkan



Juara Eropah, Liverpool tewas 1-0 di tangan Atletico Madrid pada peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi tadi. Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool selepas 14 perlawanan. Atletico berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 selepas bola yang melantun dari kaki Fabinho disambar Saul Niguez untuk mencetak gol pertama beliau dalam perlawanan ini.



Atletico sekali lagi mempunyai peluang untuk menambah gol melalui Morata, namun percubaan beliau berjaya ditepis Allison. Liverpool mengalami sedikit kesukaran untuk mengatur serangan dan gagal untuk melakukan percubaan tepat dalam perlawanan ini. Ohmedia puji aksi bertahan yang ditunjukkan tuan rumah sehingga membuatkan Liverpool buntu untuk menghasilkan jaringan.


Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat. Walaubagaimanapun Ohmedia yakin Liverpool akan bangkit di perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Anfield nanti.

OHMEDIA: LIVERPOOL MAMPU MELAKUKAN COMEBACK PADA AKSI KEDUA NANTI

+ Baca respon pembaca kekalahan Liverpool di tangan Atletico di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.