Fuh! Banyak Betul Riben Perkhidmatan, Siap Ada Sayap Lagi. Ini Penjelasan Untuk Semua Riben Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Fuh! Banyak Betul Riben Perkhidmatan, Siap Ada Sayap Lagi. Ini Penjelasan Untuk Semua Riben Ini


Wah! Viral betul pasal Inspektor Ramdan sekarang ni dekat media sosial. Tapi rasanya Inspektor Ramdan tak boleh lawan dengan seorang polis trafik yang sebelun ini pernah viral dengan satu gambarnya yang dilihat memakai pakaian seragam penuh dengan riben perkhidmatan. Gambar ini dikongsikan pengguna Facebook dengan ayat, "Otai masih berbisa. Orang Perlis mesti kenal dia ni".

Dalam perkongsian gambar ini kita dapat melihat jumlah riben perkhidmatan yang diterimanya sangat banyak dan nampak seperti pegawai berpangkat tinggi. Namun, sebenarnya ada sedikit khilaf dalam meletakkan riben berkenaan pada pakaian seragamnya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, Koperal Ku Fauzi Ku Baharom dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bukan bermaksud ingin menipu. Ini dapat dibuktikan apabila semua pingatnya diterima dari Istana Arau atas khidmatnya sebagai pengawal Raja Perlis semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12.

Cuma dalam hal ini, dia terkhilaf mengenakan riben perkhidmatan pada pakaiannya, sepatutnya maksimum hanya enam baris sahaja dibenarkan. Namun dia terlebih satu baris seperti dalam gambar yang tular di media sosial baru-baru ini. Bagaimanapun, penyelianya sudah memaklumkan kepada Jabatan Integriti da Pematuhan Standard dan serta-merta dia mengikut cara pemakaian dibenarkan.- Katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang dimiliki Koperal Ku Fauzi yang telah berkhidmat dengan baik sehingga dikurniakan pelbagai pingat.

Kalau korang nak tahu, selain dari riben, Koperal Ku Fauzi turut menerima sayap penerbangan yang diterimanya di Thailand ketika mengiringi Raja Perlis ke majlis ulang tahun kelahiran Raja Thailand dan anugerah kursus khas bersama Briged Para Angkatan Tentera Malaysia.

OHMEDIA: DIHARAPKAN KISAH INI DAPAT MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KITA SEMUA TERUTAMA KEPADA ADIK RAMDAN. SEMOGA CITA-CITA ADIK UNTUK MENJADI SEORANG ANGGOTA POLIS TERCAPAI.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mengenai koperal polis di facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.