Kerajaan Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerajaan Arab Saudi Gantung Sementara Visa Umrah!


Walaupun bilangan kes baharu COVID-19 menurun angkanya di China, namun bilangan negara yang terkena penularan wabak berkenaan meningkat mendadak  terutamanya di sebahagian Asia, Eropah, dan Asia Barat. Berdasarkan maklumat dari Berita Harian, Iran merupakan lokasi pertama penularan wabak dirantau berkenaan dengan mencatatkan 15 kematian setakat. Kuwait dan Bahrain turut mengumukan peningkatan kes dinegara masing-masing.

Sehubungan dengan iu, kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara pengeluaran visa umrah kerana kebimbangan penularan wabak COVID-19 ini. Kementerian Luar negara berkenaan mengumumkan perkara berkenaan melalui Twitter. Menurut info, Arab Saudi juga turut menggantung kemasukan visa pelancongan dari negara yang mempunyai ancaman wabak berkenaan. Kerajaan Arab Saudi menasihatkan rakyatnya agar tidak mengunjungi  negara yang menghadapi penularan COVID-19.


Di Malaysia,  berlaku perkembangan positif dimana sebanyak 20 kes sembuh dari wabak berkenaan dari total kes sebanyak 22 kes. Ini bermakna, hanya tinggal lagi dua 2 kes melibatkan jangkitan wabak ini setakat dikemaskini pada jam 6 petang, 26 Feb 2020 semalam.
Sumber gambar dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

OHMEDIA: BETULLAH TINDAKAN ARAB SAUDI BAN SEMENTERA VISA UMRAH, BIMBANG KALAU TAK BAN, TEMPAT SUCI UMAT ISLAM JADI PORT TERBARU PENULARAN WABAK MERBAHAYA INI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Arab Saudi gantung sementara visa umrah di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.