Johor Negeri Terawal Bentuk Kerajaan, Sultan Johor Puas Hati Gabungan BERSATU, UMNO, PAS & MIC - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Johor Negeri Terawal Bentuk Kerajaan, Sultan Johor Puas Hati Gabungan BERSATU, UMNO, PAS & MIC


Dalam pada negara kita masih menantikan keputusan siapa yang akan memegang jawatan Perdana Menteri dan memerintah Malayia, Johor nampaknya lebih awal mendapatkan jawapan mereka sendiri.

Ini apabila, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berpuas hati dengan cadangan penubuhan kerajaan dari gabungan parti BERSATU, UMNO, PAS dan MIC.

Sebelum ini, Sultan Johor telah mengadakan temubual bersama 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam dan seramai 28 ADUN telah membuat keputusan untuk menyokong gabungan baharu dan 26 ADUN memilih Pakatan Harapan.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah dan kesemua mereka telah menandatangani akuan sumpah bagi mengesahkan sokongan.

Setiap ADUN dikehendaki menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau gabungan baharu. - Katanya

Jadi ini bermakna, gabungan parti baharu mendapat hak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar dan kemudian susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri akan dilantik.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.