OM Leaderboard Ad

(Video) "Tapi Ayah Tak Keluar Pun Ibu?" - Ibu Menangis Lihat Anak Rindu Arwah Ayah


Korang pernah terbayang tak bila korang kehilangan orang yang paling sayang terutamanya ibu bapa korang? Kasih sayang ibu bapa ni memang tiada tandingannya gais kerana mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya demi keselesaan kita.

Baru-baru ini, seorang pengguna twitter yang bernama @Anne_mokhtar berkongsi satu video mengenai seorang budak perempuan yang bernama Adlina rindukan arwah ayahnya.

My brother passed away 3 years ago, when Adlina just turned 2. she was her ayah’s lil girl. It was a tough moment for us. Today, Adlina visited her ayah again cause she misses him. Al-Fatihah.


Haa, kalau korang nak tengok video tu, boleh klik dekat sumber di bawah tu okay? Video yang berdurasi 1.21 minit itu menunjukkan seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila melihat anaknya menanyakan kenapa ayahnya tidak keluar dari taman kubur.

Ohmedia rasa sangat tersentuh apabila melihat si cilik ini meluahkan perasaan rindu terhadap ayahnya yang meninggal dunia semasa Adlina berumur 2 tahun. Sabarlah, sayang. Nanti Adlina akan jumpa dengan ayah semula di syurga ya?

Tweet yang dikongsikan oleh @Anne_mokhtar itu telah mendapat 23.6k retweets dan 29.9k likes. Rata-rata warganet juga berasa tersentuh hati apabila melihat video itu.

OHMEDIA: SAYANGILAH IBU BAPA KORANG SELAGI MEREKA MASIH HIDUP

Sumber: @Anne_mokhtar

+ Baca respon pembaca sayang ibu bapa di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.