Durian Tempatan Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Durian Tempatan Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus


Malaysia memang terkenal dengan buah durian dan seperti mana yang kita tahu, buah tempatan ini juga mempunyai banyak permintaan dari negara luar untuk dieksport, termasuk China. Durian juga dianggap 'buah mewah' dan ianya memang menjadi buah kegemaran kebanyakkan rakyat disana. Baru-baru ini, durian tempatan dilaporkan turun harganya sejak dua minggu kebelakangan ini, memandangkan permintaan dari negara China menurun akibat wabak koronavirus yang melanda di negara itu.

Ianya disebabkan kekangan dalam industri logistik negara itu sendiri, penutupan bandar-bandar dan perubahan corak pengguna disebabkan koronavirus yang melanda memberi impak yang besar kepada penjualan durian tempatan baru-baru ini, laporan dari Agensi Berita Singapura iaitu Channel News Asia.

Seorang petani durian, Andy Tan mengatakan yang harga durian yang dijual turun setengah daripada harga asal dan pesanan untuk dieksport hanya sikit setelah beberapa bandar China ditutup akibat wabak virus maut yang sedang melanda negaranya itu. Tan biasanya mengeksport buah durian dan pes durian beku ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Qingdao.

Industri logistik di China kini kekurangan buruh untuk memindahkan durian dan untuk produk melepas kastam juga sangatlah lewat. Tan dikatakan perlu memfokuskan penjualannya hanya di pasaran Malaysia ataupun Singapura saja.

OHMEDIA : SEMOGA WABAK KORONAVIRUS AKAN BERAKHIR DAN DIJAUHKAN DARI SEMUA ORANG KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA!

Sumber : AmazingNara

+ Baca respon pembaca penggemar durian tempatan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.