(Video) Disebabkan Salahguna Lorong Tol, Geng Konvoi Motosikal Ditampar Pengawal Keselamatan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Disebabkan Salahguna Lorong Tol, Geng Konvoi Motosikal Ditampar Pengawal Keselamatan


Tak pasal-pasal dapat tampar secara percuma dengan pengawal keselamatan! Baru-baru ini, Ohmedia ada tengok beberapa video yang dimuatnaik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook mengenai geng konvoi motosikal ditampar dengan pengawal keselamatan di sebuah tol.

Korang pun tahu bahawa setiap pengguna jalan raya memang disediakan lorong yang khas tetapi diorang ni memang sengaja mengikut lorong yang salah sebab nak tunjuk hebat masing-masing.


Haa, kan dah mendapat dengan pakcik tu! Bukan satu dua orang je, ni berpuluh-puluh orang gais. Kejadian ini telahpun berlaku di Plaza Tol Kampung Lekir Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Setiawan.


Rata-rata netizen turut rasa berpuas hati apabila melihat tindakan pengawal keselamatan yang sedang melempang dan menghalau sehinggakan diorang berasa takut nak lalu situ.

Mana tak marah bila orang yang menaiki kereta tu bayar tol dan kau sesuka hati je nak lalu naik motor. Kalau dia menyelit tak kacau sensor orang lain tak apa lah juga kan, tak pasal-pasal orang tu terpaksa bayar lebih untuk kau. Hmm.

OHMEDIA: GUNALAH LORONG KHAS YANG TELAH DISEDIAKAN

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

+ Baca respon pembaca geng konvoi kena tampar di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.