Cik B Sekali Lagi Jadi Wajah Muka Hadapan Majalah Dengan Gaya Baharu! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Cik B Sekali Lagi Jadi Wajah Muka Hadapan Majalah Dengan Gaya Baharu!


Kita tenangkan diri dari drama politik negara sekejap malam ni dan Ohmedia nak tahu sesuatu. Betul ke ini Cik B? Siapa tak kenal dengan usahawan terkemuka Malaysia, Datuk Seri Vida dengan anaknya Cik B yang sekarang turut semakin popular mengikut jejak ibunya.

Dalam pada kita sibuk dengan situasi politik sekarang, Ohmedia perasa satu majalah yang telah menggunakan gambar Datuk Vida dan Cik B sebagai wajah muka hadapan majalah mereka.


Mungkin ramai yang tahu yang Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin turut telah memiliki perniagaan sendiri yang menjadikannya usahawan muda negara.

Kembali kepada persoalan Ohmedia tadi. Betul ke ini Cik B? Korang tengok ni!


Amacam? Menggoda tak? Posting ini telah dimuatnaik Instagram rasmi Majalah Nona dan ia merupakan muka Majalah Nona yang akan digunakan untuk edisi Mac 2020.

Datuk Vida turut tidak ketinggalan untuk berkongsi perkara itu di instagramnya yang ingin menunjukkan yang anaknya itu mampu melakukan sesuatu dan mengakui Cik B sudah banyak berubah. Dari seorang yang pemalu, tak yakin diri dan sekarang berani tampil kehadapan menjawab dengan cara tersendiri apabila menerima hinaan.


Sumber: Instagram Majalah Nona | Instagram Dato Seri Vida

+ Baca respon pembaca yang minat dengan Cik B di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.