Biar Saya Jalankan Tanggungjawab & Saya Harap Kita Dapat Mencari Jalan - Titah Baginda - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Biar Saya Jalankan Tanggungjawab & Saya Harap Kita Dapat Mencari Jalan - Titah Baginda


Dalam pada rakyat Malaysia sedang dalam keadaan gusar dan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku dengan politik negara pada ketika ini. Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah turun padang dan bertitah secara terus dengan wartawan bagi menenangkan rakyat.

Biar saya jalankan tanggungjawab dan saya harap kita dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk negara. -Titah Baginda.

Jika semalam Agong telah mengarahkan agar makanan diberikan kepada wartawan yang berkampung di hadapan Istana Negara, hari ini Sultan Abdullah telah mencemar duli untuk memberikan makanan secara terus kepada wartawan di hadapan pintus Istana Negara,

Ketika ini semua ahli parlimen yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan dipanggil secara rawak berdasarkan kapasiti individu tanpa mengikut parti dan setiap individu ini akan ditemuramah selama 2 hingga 3 minit bersama Agong.


Sumber: Astro Awani
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.