Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah


Anugerah Juara Lagu ke-34 telah malabuhkan tirai dan lagu Sumpah yang telah dinyanyikan oleh Naim Daniel, hasil ciptaan dirinya sendiri bersama-sama Omar K dinobatkan sebagai juara pada malam itu walaupun dikatakan kali pertama bertanding di #AJL34. Baru-baru ini, bekas kekasih kepada Naim Daniel, Dayana Amerda menuntut hak cipta bersama lagu tersebut dan dikatakan ini bukanlah kali pertama isu ini dibangkitkan.

BACA : Pertama Kali Bertanding, Naim Daniel Juara Di Anugerah Juara Lagu Ke-34

Menerusi satu sidang media semalam, Dayana atau nama sebenarnya Siti Aminah Dayana Mohd Amerullah nak menuntun bukanlah disebabkan wang ringgit, tapi hanyalah atas dasar hak sahaja. Pihaknya juga memberi tempoh selama seminggu kepada Naim tak kisahlah ianya berbentuk video, sidang media ataupun mahu berjumpa secara depan-depan dan membuat pengakuan bahawa lagu Sumpah itu merupakan hasil ciptaan Dayana bersama Naim Daniel dan Omar K.


Lagu sumpah dicipta pada tahun 2015 ketika mereka berdua sedang bercinta dan ianya menceritakan tentang kisah percintaan mereka berdua. Dayana juga berkata yang dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa Sumpah adalah lagu rekaannya. Sebelum ini, Dayana juga dikatakan pernah menghubungi Naim sendiri untuk meminta penjelasan kerana lagu tersebut telah dilancarkan pada harinya bertunang tetapi Naim tidak munculkan diri dan membuat sebarang penjelasan.


OHMEDIA : DIHARAPKAN KEDUA-DUA PIHAK MEMBERI KERJASAMA DAN SELESAIKAN DENGAN BAIK.

+ Baca respon pembaca peminat lagu Sumpah di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.