Balu Kobe Bryant Saman Syarikat Pengendali Helikopter - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Balu Kobe Bryant Saman Syarikat Pengendali Helikopter


Kita semua dikejutkan dengan kematian seorang lagenda bola keranjang, Kobe Bryant akibat helikopter yang dinaikinya terhempas dalam perjalanan ke latihan bola keranjang di Mamba Academy, California bersama anak perempuan Kobe, Gianna Bryant dan beberapa pemain lagi. Kobe telah bermain dengan pasukan Los Angeles selama 20 tahun.

BACA : Lagenda NBA Kobe Bryant Meninggal Dunia, Nahas Helikopter Terhempas

Semalam, balu Kobe Bryant, Vanessa telah memfailkan saman di Mahkamah Los Angeles kepada pengendali helikopter yang membawa suami dan anaknya serta pemain bola keranjang lain yang terhempas pada 26 Januari lalu. 

Pada hari kejadian, helikopter itu dikatakan terbang dalam keadaan kabus tebal dan awan rendah. Syarikat helikopter itu disaman kerana membenarkan helikopter itu terbang walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan telah mengorbankan penumpangnya termasuk Kobe Bryant.


Island Express Helicopters, Island Express Holding Corp dan juruterbang helikopter, Ara Zobaya telah dinamakan atas saman tersebut. Tiada tanda kegagalan mekanik pada penemuan awal, tapi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan masih menyiasat punca sebenar helikopter itu terhempas. 

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca balu Kobe Bryant saman syarikat helikopter di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.