"Macam Gampang! Cara Minta Maaf Yang Menganjing" - Dato Seri Vida - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Macam Gampang! Cara Minta Maaf Yang Menganjing" - Dato Seri Vida


Itulah respon mengejutkan yang diungkapkan DSV melalui akaun Instagram'nya selepas Azwan Ali membuat sidang media untuk memohon maaf di atas isu menghina DSV dan keluarganya. Permohonan maaf dari Azwan Ali itu dibuat selepas DSV melalui peguamnya meminta Azwan Ali membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadam semua video hinaan kepada DSV dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diteruskan.

Tonton video permohonan maaf Azwan Ali di bawah;


DSV dilihat tidak berpuas-hati dengan cara permohonan maaf itu dibuat, dan melabelkannya sebagai menganjing atau dalam kata lainnya kelihatan tidak ikhlas untuk benar-benar menyesal atas perbuatannya.

Respon dari DSV ini mendapat maklumbalas hebat daripada netizen. Ramai yang menggesa DSV untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas Azwan Ali.


Tapi dalam semua respon tu, ada satu komen sahaja yang paling menarik iaitu komen dari Ohmedia sendiri;


Biasa kita dengar isu-isu macam ni kononnya mahu saman menyaman walhal itu salah satu cara marketing sahaja untuk menjual produk terbaru dan sebagainya. Itu taktik biasa yang bukan sahaja dilakukan di Malaysia, malah di dunia sekalipun. Ini dilihat sebagai cara marketing paling menjimatkan iaitu dengan mencipta sebarang isu untuk mendapat perhatian orang ramai dan juga media tanpa perlu membayar walau satu sen pun.

Apapun kami berharap apa yang jadi antara DSV dan Azwan Ali ini bukanlah seperti itu kerana bagi Ohmedia, penghinaan Azwan Ali tu bukanlah biasa-biasa tetapi sudah melampaui batas kerana tergamak melibatkan arwah anak-anak DSV yang telah meninggal dunia.

OHMEDIA: APA YANG CUBA DILAKUKAN AZWAN ALI INI JUGA BAGI KAMI SALAH SATU TAKTIK UNTUK NAMANYA TIDAK DILUPAKAN DAN UNTUK KEKAL RELEVAN. HAMPEH.

+ Baca respon netizen berbulu dengan Azwan Ali di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.