Anak Kecil Ini Ketawa Sekuat Hati Apabila Mendengar Bunyi Letupan Bom! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Anak Kecil Ini Ketawa Sekuat Hati Apabila Mendengar Bunyi Letupan Bom!


Kehidupan di kebanyakan negara Islam sekarang seperti telur dihujung tanduk apabila hampir setiap hari kita mendengar berita serangan, kemusnahan dan kematian insan yang tidak bersalah.

Tapi Ohmedia tertarik dengan apa yang dilakukan seorang ayah di Syria yang berjaya menghilangkan rasa takut anaknya tiap kali terdengar bunyi letupan bom serangan.

Umum tahu yang Syria sudah hampir 9 tahun hidup dalam ketakutan yang berpunca dari kemelut perang saudara. Ini dapat dilihat dengan serangan dan letupan bom yang boleh dikatakan didengar hampir setiap hari.

Jadi, apa yang telah dilakukan seorang ayah ini untuk menenangkan anaknya? Video ini tersebar dan dapat dilihat seorang kanak-kanak perempuan sedang ketawa di hadapan kamera yang dipegangn bapanya apabila terkejut mendengar letupan.


Lihatlah reaksi kanak-kanak ini yang tidak dapat merasai kehidupan seperti kanak-kanak kecil di Malaysia. Dari apa yang dikatakan, lelaki itu bernama Mohammad dan telah mengajar anak perempuannya Salwa yang baru berusia 4 tahun untuk bermain satu permainan yang menyeronokkan.

Permainan itu adalah dengan ketawa dengan sekuat mungkin setiap kali terdengar bunyi letupan dan ia berhasil apabila mereka berdua ketawa gembira selepas mendengar bunyi letupan bom berhampiran dengan rumah mereka.

Video ini telah ditonton hampir 2.5 juta orang dan diharapkan apa yang berlaku di Syria ini akan berakhir. Semoga kita semua dilindunginya.

Sumber: Twitter Mehmet Alqan

+ Baca respon pembaca yang tersentuh dengan nasib Syria di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.