Azwan Ali Hina DSV Dan Anak, Akhirnya Memohon Maaf - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Azwan Ali Hina DSV Dan Anak, Akhirnya Memohon Maaf


Baru-baru ini, kecoh pasal Azwan Ali yang sekian lama menghilang, tiba-tiba muncul dan memaki hamun jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida dengan teruk. Apa yang Azwan Ali katakan dan lontarkan dalam video yang ditujukan kepada Dato Vida tempoh hari sangatlah keterlaluan dan tidak boleh terima netizen, apatah lagi Dato Seri Vida sendiri yang memang hadap situasi itu kan?

BACA : (Video) Disebabkan Azwan Ali Tak Dapat 'Payment', DSV Dihina Tanpa Belas Ihsan

Tapi baru-baru ini, pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenal dengan nama Diva AA telahpun meminta maaf secara terbuka selepas penghinaan yang telah dilakukan ke atas Dati Seri Vida serta anak perempuannya, Cik B. Diva AA juga turut berjanji yang semua penghinaan yang telah dimuatnaiknya akan dipadam.

Menurut Azwan Ali, ianya bukan soal kalah atau menang setelah mengkaji banyak perkara dengan peguamnya. Video yang dimuat naik memang tidak ada mention sesiapa dan Azwan sendiri hormati pendirian Dato Vida yang tersentap serta tersinggung dan telah menganggap yang kes ini dah selesai. Azwan juga tarik balik semua statusnya jika Dato Vida anggap semuanya berbaur fitnah dan menjejaskan bisnesnya.

Katanya juga, dia dah pun bersedia untuk bertemu dengan Dato Vida dan menyelesaikan isu tersebut dan tidak akan ada masalah untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang. Kedua-dua mereka perlulah bertolak ansur sesama sendiri dan selesaikannya dengan cara yang baik ya!

Sumber : Roti Kaya
Dikuasakan oleh Blogger.