(Video) Achey Minta Semua Bantu Naikkan View Nyanyian Abam Berjudul Si Kasih di YouTube - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Achey Minta Semua Bantu Naikkan View Nyanyian Abam Berjudul Si Kasih di YouTube


Semalam seluruh rakyat Malaysia turut merasai pemergian Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang meninggal dunia di rumah kediamannya pada usia 32 tahun. Arwah Abam juga telah selamat dikebumikan semalam dan kita dapat melihat masjid dipenuhi orang sewaktu solat jenazah.


Bagaimanapun, jika korang masih ingat, Abam sebelum ini pernah membuat satu rakaman sebuah single bertajuk Sikasih yang dikeluarkan pada Februari tahun lepas. Korang boleh hayati setiap susun kata lirik yang digunakan dalam lagu Sikasih ini amat menyentuh hati apabila ia seumpama ditujukan untuk pemergian Abam.

Sekarang, Achey yang merupakan sahabat baik Abam ada meminta agar kita semua untuk mendengar semula lagu yang dinyanyi oleh Abam sendiri yang disifatkan mempunyai makna tersirat yang sangat mendalam. Achey juga meminta agar kita semua bantu untuk naikkan view lagu berkenaan yang dimuat naik di YouTube dan hasilnya nanti akan digunakan untuk insan yang ditinggalkan Abam.


Dengarkan lagu Sikasih nyanyian Abam


Lirik lagu Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yg pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa



Abam meninggalkan seorang ibu, isteri dan anak lelaki yang baru sahaja berusia 8 bulan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

OHMEDIA: ARWAH SELALAU INGATKAN PEMINATNYA YANG JIKA KITA BAIK RAMAI SAYANG KITA DAN PEMERGIANNYA TELAH MEMBUKTIKANNYA. AL-FATIHAH.

+ Baca respon pembaca yang sedih dengan pemergian Abam di facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.