A.Aida Inginkan Suami Sado & Ada Six Pack? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

A.Aida Inginkan Suami Sado & Ada Six Pack?


Rasanya memang ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Dato A.Aida masa AJL ke-34 hari tu apabila Aida datang dengan imej tidak berhijab. Selepas ditanya, Aida akahirnya mengakui yang dia memang sudah beberapa bulan tidak memakai tudung.

Penampilan baru Aida juga berlaku selepas berpisah dengan bekas suaminya dan sejak itu dia telah menolak lamaran tujuh orang lelaki yang dilihat tidak mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.


Jadi apa agaknya ciri idaman A.Aida?
Selepas AJL34 baru-baru ini, ada tujuh lelaki nak mencuba nasib. Saya cakap, ‘tidak’. Saya nak lelaki yang bertubuh sasa dan ada ‘six pack’. Jadi, kalau mereka nak dekati saya, pergi ‘betulkan’ perut dulu. - Kata Aida.

Haa, dah tahu apa yang Aida nak, korang boleh pergi gym dulu sebelum cuba tekel. Ok, ini penjelasan lebih lanjut mengapa dia perlu membuka hijab walaupun tahu perbuatan itu salah.

Saya tahu, saya berdosa kerana membuka hijab, tapi saya selesa. Dulu, saya pakai tudung kerana taat kepada suami. Bila dah tak bersama, saya ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Saya mula membuka hijab sejak penghujung tahun lalu ketika saya berada di Maldives. Apa pun, doakan yang terbaik kerana semua mahukan yang terbaik. Saya ada jurulatih peribadi yang melatih di gimnasium. Dalam seminggu, tiga kali saya akan ke gimnasium dan kerja keras selama tiga tahun menampakkan hasil apabila bentuk wajah saya berubah runcing. Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan sihat antaranya pengambilan stem cell, sarang burung dan juga mengamalkan diet telur rebus. - Kata Aida lagi.

Itulah dia penjelasan dari A.Aida. Memang banyak kisah artis membuka hijab sekarang ni dan kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga bakal suami selepas ini dapat bentuk kamu ya.

+ Baca respon pembaca yang minat A.Aida di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.