OM Leaderboard Ad

6 Pertembungan Epik Memberi Kesan Mendalam Dalam Kehidupan Rakyat Malaysia Yang Ramai Tak Sangka!


Memang banyak filem dan drama yang telah membesar bersama-sama kita. Tidak kira ianya datang dari negara kita mahupun luar, ianya pasti berjaya menarik minat penonton. Tapi tidak semua filem berjaya membawa penonton masuk ke dalam kisah mereka.

Kalau korang perasan, setiap filem pasti akan dihasilkan dengan kisah di antara 2 pihak atau puak. Ada yang baik dan ada juga yang jahat. Jadi, Ohmedia senaraikan beberapa filem dan animasi yang dirasakan berjaya membawa penonton menyelami kisah setiap watak yang akhirnya memberi kesan terhadap mereka yang menontonnya.

1. Star Wars - Anakin Skywalker vs Luke Skywalker


Star Wars dikeluarkan pada 1977 dan sehingga kini masih lagi ramai yang menantikan setiap siri dari mereka. Setiap siri mesti tengok punya lah! Ohmedia juga tak pernah ketinggalan menonton filem yang pernah jadi fenomena suatu ketika dulu.

Babak yang paling epik adalah perlawanan diantara Anakin dan Luke. Anakin yang merupakan Jedi yang paling kuat telah mencabar Luke untuk bertarung. Bagaimanapun, Luke tidak percaya dia ialah salah seorang yang masih hidup dan dikatakan sebagai seorang Jedi yang paling kuat. Mereka meneruskan pertarungan itu untuk membuktikan siapa hebat.

Memang epik weh perlawanan diorang tu. Jadi korang gang Anakin ke Luke masa tu?

2. Civil War - Captain America vs Iron Man


Rasanya semua memang tengok filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016 ni kan? Tipulah kalau korang kata tak tengok. Haha! Masa ni semua peminat Avengers tiba-tiba berpecah kepada 2 kumpulan, ada yang sokong kumpulan Captain America dan ada juga yang sokong kumpulan Tony Stark (Iron Man). Yang sokong kumpulan Captain America tu banyak gadis-gadis jer rasanya, maklumkan superhero kacak dan sado katanya. Kah!

Tapi memang ramai sebenarnya yang nak tengok dan harapkan diorang ni bergaduh sesama sendiri sebab nak tengok superhero bergaduh dengan superhero jer. Masa ni teruk juga Spiderman kena bantai dengan senior dia, Captain America. Haha! Korang team Captain America atau Tony Stark masa ni? Fuh, dua-dua superhero hebat weh! Ohmedia tak boleh nak decide nak masuk team mana.

3. Naruto - Naruto vs Sasuke


Naruto dikeluarkan dari tahun 1997 dan bermula dari siri Naruto, Naruto Shippuden dan sampailah sekarang kisah anak dia pula, Boruto. Kebanyakan peminat Naruto ni semua dah tua-tua tapi tak pelik lah sebab jalan cerita dia yang best buatkan budak-budak zaman sekarang ni pun berminat nak tengok. Ohmedia dulu sampai spray PC warna tema Naruto lagi. Mana yang tahu tu, tahulah.Haha!

Kisah diantara Naruto dengan Sazuke ni paling panjang sebab memang tujuan utama animasi ni wujud adalah menceritakan perjalanan persahabatan mereka berdua. Sampai sekarang paling Ohmedia tak boleh lupa scene perlawanan sengit antara Naruto dan Sasuke dekat lembah penamat. Dalam pertarungan tu memang diorang tak bagi chance langsung, masing-masing all out buat habis-habisan.

Selepas melalui bermacam-macam rintangan dan musuh, akhirnya Naruto dan Sazuke berbaik. Korang mesti tahu ending dia macam mana kan? Mana yang belum tengok tu, baik pergi habiskan sekarang. Haha!

4. The Dark Knight - Batman vs Joker


Batman The Dark Knight ni ditayangkan pada tahun 2008. Sebuah filem yang menarik yang memberi tumpuan lebih kepada ancaman mental yang Clown Prince of Crime menimbulkan Gotham dan Batman. Sepanjang filem, Joker terus meracuni minda rakyat Gotham, sambil menyebabkan mereka banyak bahaya dan bahaya fizikal di sepanjang jalan.

Ini datang kepada kesimpulan apabila dia berhadapan dengan Batman. Selepas mendapat kelebihan untuk kebanyakan perlawanan akhir ini, The Joker kehilangan kelebihannya apabila dia menyedari bahawa dia tidak melakukan cukup untuk memecahkan harapan rakyat. Ini menyediakan seketika bahawa Batman diperlukan untuk mengubah arus pertempuran dan menyelamatkan Gotham, sekali lagi.

5. Harry Potter - Potter vs Voldemort


Korang masih ingat lagi tak filem, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2001? Kisahnya mengenai seorang anak yatim piatu yang bernama Harry James Potter tinggal bersama keluarga Dursley dan dihantar untuk bersekolah ke Sekolah Sihir Hogwarts.

Dari situ, dia berjumpa dengan Hermione Granger dan Ron Weasley. Selepas itu, mereka menjadi kawan baik kepada Harry. Setiap tahun filem ini keluar menceritakan kehidupan Harry Potter sebagai pelajar Sekolah Sihir Hogwarts.

Manakala Voldemort pula adalah ahli sihir jahat yang ditakuti oleh warga masyarakat sihir kerana menginginkan kuasa dan mencapai keabadian melalui ilmu hitam. Satu-satunya yang dia takut ialah pengetua Sekolah Sihir Hogwarts, Albus Dumbledore.

Jadi, korang team Harry Potter atau Voldemort? Kalau Ohmedia akan memilih Harry Potter kerana dia adalah satu-satunya yang mempunyai kuasa luar biasa untuk mengalahkan Voldemort.


6. McDonald’s - Spicy Gang vs Regular Gang


Pertembungan dalam McDonald’s ni ada drama juga gais! Setiap kali makan dengan keluarga atau lepak dengan kawan-kawan mesti ada yang suka Biasa dan ada juga yang suka Pedas. Jadi bila makan Ayam Goreng McD tu terpaksalah beli 2 set yang berbeza. Tak apalah asalkan semua gembira, hehe. Tapi kesian dengan Spicy Gang bila terpaksa makan Regular Chicken McNuggets jer bila order dan kalau nak rasa pedas kenalah tambah sos cili sendiri.

Tapi, sekarang Spicy Gang tak perlu risau lagi gais, sebab McD dah keluarkan Spicy Chicken McNuggets yang terbaru weh! Barulah puas hati dapat makan nugget pedas-pedas. Hehe!



Nikmat bila makan Spicy Chicken McNuggets ni adalah bila mula-mula masuk mulut korang tu rasa macam tak pedas, tapi bila masuk nugget yang kedua dan ketiga, barulah datang dia punya rasa pedas tu. Serius layan makan spicy nugget ni, ditambah pula dengan Ayam Goreng McD. Pergh!

Antara Regular vs Spicy korang berpihak dengan yang mana? Tak kisah la korang regular atau spicy gang pun, korang tetap kena cuba Spicy Chicken McNuggets McD. Tak cari lain dah lepas tu. Haha!


+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.