Ini 3 Cara Berkesan Untuk Periksa Tahap Originaliti Smartphone Baru Yang Ramai Tak Tahu - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ini 3 Cara Berkesan Untuk Periksa Tahap Originaliti Smartphone Baru Yang Ramai Tak Tahu


Zaman sekarang ni telefon pintar tu bukan lagi kemahuan dan ianya memang keperluan untuk semua. Sebelum kita membeli sesebuah telefon pintar, mesti kita akan cari penjual yang menjual dengan harga yang paling murah.

Tapi bila dah beli yang murah tu, tiba-tiba rasa was-was dan mulalah berfikir telefon pintar yang kita dah beli tu original ataupun yang ciplak punya? Korang jangan risau, Ohmedia akan share tiga langkah yang boleh membantu korang untuk mengenalpasti sama ada telefon pintar korang tu asli ataupun yang klon.

Periksa spesifikasi telefon pintar


Korang boleh bandingkan spesifikasi telefon pintar yang dah dibeli tu dengan sumber-sumber yang betul dan tepat seperti di laman web https://www.gsmarena.com/. Oh ya, banyak lagi laman web lain yang korang boleh bandingkan selain GSM Arena ni, termasuklah AIDA64 dan CPU-Z.

Pastikan SIRIM telah disahkan


SIRIM ialah piawaian bagi sesebuah produk yang dah pun terhasil di Malaysia. Kalau phone korang tu ada dilekatkan dengan pelekat SIRIM, bermakna ianya memang original. Korang juga boleh pergi ke link https://ecomm.sirim.my/sirimenquiry/search_IMEI.aspx dan masukkan nombor IMEI telefon pintar korang tu untuk periksa. Untuk mendapatkan IMEI telefon, korang kena dail *#06# pada aplikasi telefon dan tengok sama ada IMEI tersebut sama pada kotak.

Bandingkan di kedai pengedar yang sah


Kalau korang rasa rekabentuk telefon pintar korang tu macam pelik sikit, terus bawa ke pengedar yang sah berhampiran dan terus bandingkan dengan telefon pintar yang terjual di sana. Korang boleh juga menyemak warranty telefon pintar tersebut, sama ada warranty tu datang dari brand tu sendiri atau dari pengedarnya.

OHMEDIA: APA SALAHNYA SEMAK UNTUK DAPATKAN KEPASTIAN KAN.

Sumber : Wiser

+ Baca respon pembaca pencinta gajet di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.