World War 3, Iran & Islam Trending Di Twitter, Serangan Diarahkan Trump Sendiri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

World War 3, Iran & Islam Trending Di Twitter, Serangan Diarahkan Trump Sendiri


Nampaknya ramai yang mula risau dengan apa yang akan berlaku selepas ini berikutan dengan terbunuhnya komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani. Kerisauan ini dapat dilihat apabila perkataan World War 3, Iran dan Islam dilihat menjadi trending di Twitter seluruh dunia.


Serangan yang dilakukan atas arahan Presiden Donald Trump itu nampaknya bakal mencetuskan perang dunia ketiga dan perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Serangan ini juga dilakukan kerana ingin menyekat rancangan Jeneral itu untuk menyerang diplomat Amerika serta anggota perkhidmatan mereka di Iraq, jelas AS.


Jadi apa yang akan terjadi kepada dua negara kuasa nuklear ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.