Wanita Ini Masuk ICU Dan Ibunya Meninggal Dunia Akibat Pemandu Treler Yang Mengantuk - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wanita Ini Masuk ICU Dan Ibunya Meninggal Dunia Akibat Pemandu Treler Yang Mengantuk


Setiap manusia yang bernyawa di atas muka bumi ni pasti akan merasai kematian. Lebih-lebih lagi, kalau ajal kita sudahpun tertulis oleh Allah SWT. Baru-baru ini, seorang pengguna yang bernama @nadia_fariha berkongsi kisah pahitnya di Twitter.


Nadia mengatakan bahawa dia dimasukkan ke ICU kerana terlibat dalam sebuah kemalangan treler gara-gara pemandu lori tu mengantuk. Hmm. Yang paling sakit, paru-paru dia kena tebuk tau dan dia alami keguguran kandungan yang berusia 4 bulan.


Lebih menyayatkan hati, ibunya meninggal dunia di KM449 jalan highway Sg Buloh ke Rawang. Innalillahiwainnalillahiroijun. Kalau korang nak tahu lebih selanjutnya, korang bacalah dekat bawah ni okay?

Cukup 10 retweets, Nad cerita kejadian kena rempuh dengan treler (driver mengantuk). My mom meninggal, Nad duduk ICU, paru kena tebuk dan keguguran kandungan 4 bulan. Kejadian 5/01/19 tapi Nad nak cerita bermula dari malam sebelum kejadian. Mak dah seminggu demam dan tak ada selera makan. Malam tu Nad tengah makan dekat meja makan, tiba-tiba anak buah yang paling rapat dengan emak datang bagi tahu "Mak usu awak nak tahu tak nenek saya meninggal".

Lepas tu Nad tegur dia "bukan nenek awak lah meninggal tu nenek orang lain". Mak keluar dari bilik terus bagi tahu emak "Emak annas cakap mak meninggal". Mak tak marah tak apa, mak cuma senyum je. Yang annas terus cakap "Entah lah saya tak tahu lah mana saya dapat". Keesokan hari nya tu siap-siap nak pergi cameron sebab mak ajak dari sebelum mak demam tu. Tapi pagi tu masuk bilik emak cakap kat mak "Mak kita takyah lah pergi sebab emak tak sihat tu nanti adik-beradik lain bising pula". Emak jawab "Eish pergi je lah, takpa".

Dah gerak tu sempat lah pergi kedai gambar sebab nak ambil gambar untuk pergi umrah. Gambar emak kat atas tu gambar masa hari kejadian tu lah. Pelik juga tengok emak masa tu sebab emak senyap jee tak banyak cakap dan tiba-tiba rasa tak sedap hati bila tengok emak lain. Sampai dekat petrol pum Jalan Duta tu suami berhenti sekejap untuk solat. Lepas tu mak minta beli kan asam dan air mineral. Dah masuk kereta tu mak makan asam tu sikit je sebab tak kena dengan tekak, Nad pula ada beli sandwich dan suap kan dekat mak sikit sebab risau perut mak kosong.

Ohh lupa nak bagi tahu yang pergi cameron tu berlima, ada mak mertua, adik ipar, suami, Nad dan emak. Dah selesai semua kat situ kami mula kan perjalanan balik tapi sampai dekat area KM449 jalan highway Sg Buloh ke Rawang tu kereta tiba-tiba mati sendiri. Suami terus ketepi dan berhenti dekat lorong kecemasan. Suami dan mak mertua keluar tengok kereta.

Emak duduk tepi pintu sebelah kiri sebab borak dengan emak mertua dan suami. Nad duduk dekat bahagian tengah sebelah emak. Adik ipar duduk depan. Masa tu dengar bunyi kereta kat highway tu kan bising dan dengan hati tak sedap terus fikir rasa macam ada benda nak jadi. Suami dah call minta bantuan Plus tapi makan masa sikit sebab tak cukup towing, so kami kena tunggu. Sampai pukul 6 kot kejadian tu berlaku. Masa ni Nad dah tak ingat apa-apa dan Nad akan cerita apa yang suami cerita dekat Nad.

Yang ni berdasarkan suami (Zul) cerita sebab dia tengok apa yang berlaku. Zul tengok treler tu ke tepi, dia ingat treler tu nak berhenti ke tepi ke apa sebab jalan lurus kan. Sekali dah dekat sangat dia tolak mama (mak mertua Nad) ke longkang tepi tu dan dia terjatuh sekali. Treler tu seret kereta jauh juga. Tapi tak pasti mak jatuh awal ke apa, mak sempat bangun pergi dekat Zul & baring. Zul dan mama ajar mak mengucap. Emak pandang Zul & air mata mengalir baru Zul teringat adik dan Nad ada dalam kereta.

Zul lari dekat kereta sebab takut kereta terbakar ke apa. Zul angkat adik dia dulu & baru keluarkan Nad tersepit kat bahagian belakang bawah tu. Zul bagi tahu juga ada satu motor tu bagi tahu dari tadi lagi treler tu bawa ke kiri ke kanan sebab mengantuk. Tak lama lepas tu mak meninggal kat sana juga. Semua adik beradik sampai kat tepi highway tu. Ambulan sampai, Nad, adik ipar, suami dan mak mertua dihantar ke hospital Sg Buloh. Zul dah dalam ambulan baru perasan 2 jari dia patah dan dia bagi tahu Nad ada tersedar sekejap cakap sakit.

Mak di post-morterm malam tu & keesokan harinya baru di kebumi kan. Abang tak bagi Zul balik sebab suruh pantau Nad kat ICU. Actually baby dalam kandungan tak ada apa-apa pun, cuma doktor nak selamatkan ibu dulu. Jadi Nad kena x-tray dan under morphine. 6/1/19 Zul bagitahu baru bleeding, paru kena tebuk sbb ada cecair dalam paru, tulang rusuk dan pinggul retak dan banyak lagi dalaman yang kena tapi tak teruk mana. Ada kawan yang melawat cakap Nad sedar jawab pun sepatah-sepatah tapi Nad tak ingat sebab under morphine kan.

10/1/19 baru Nad betul-betul sedar, maybe morphine dah kurang tapi mata still kabur-kabur. Tengok kiri kanan pelik asal ada kat hospital. Tapi takda orang teman. Tak lama lepas tu Zul datang. Zul cakap "Kejap lagi adik beradik nak datang". Nad "Mak pun ada kan?" Zul "Ye InshaAllah mak ada". Lepas tu Nad senyap je lah sebab tengah blur-blur lagi. Sebab Nad pelik juga kenapa mak tak ada kat hospital jenguk Nad ke apa kan.

Doktor sampai nak buka tube untuk keluarkan cecair tu dan jahit time kita sedar tu (tapi Nad tahu dia jahit lepas dah siap tu). Adik-beradik sampai dan tak sempat abang nak bagi tahu, Nad terus sambung "Mak dah takda kan". Tapi Nad tak nangis ke apa sebab tengah blur lagi. Baby gugur pun Nad tahu hari tu juga dan keluarkan baby secara normal 25/1/19 sebab baby dah ada bentuk dan baby tu baby lelaki. Dah balik dari hospital tu baru lah Nad terasa sedih sebab emak dah tak ada.

Nak jalan pun agak payah sebab sakit pinggul itu ini tapi Alhamdulillah pergi umrah dan dekat sana terus tak rasa sakit bila jalan. Mak 1/1/1957 - 5/1/2019. Minta sesiapa yang baca thread nie sedekahkan Al-Fatihah untuk emak Nad, thank you. Lagi satu doakan Nad ada rezeki untuk pregnant semula. Maaf jika ada yang tak faham, sebab main tulis je ni. Emak dan mak tu sama je, mama tu pula mak mertua Nad.

Sumber: @nadia_fariha

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.