Wanita Ini Hanya Keluar Pada Waktu Malam, Bimbang Orang Sekeliling Takut Tengok Tangannya - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wanita Ini Hanya Keluar Pada Waktu Malam, Bimbang Orang Sekeliling Takut Tengok Tangannya


Baru-baru ini, page Kisah Rakyat Seluruh Malaysia - KRSM berkongsi gambar seorang wanita di Facebook sehingga membuatkan netizen rasa sebak apabila tengok keadaan akak ni!


Kalau korang nak tahu, akak ni sebenarnya hanya keluar pada waktu malam je sebab dia risau dengan orang sekeliling dia takut bila tengok tangan dan badannya yang ada kesan melecur tu.

Haaa...kalau korang nak tolong akak ni, korang boleh jumpa dia dekat CIMB Bank atau Maybank di Jalan Rahmat. Bukan apa, dia memerlukan duit untuk rawatan dan juga makan. Kesian Ohmedia tengok!

Menurut page Kisah Rakyat Seluruh Malaysia - KRSM, kulit akak tu nampak macam ada luka basah lagi tau. Cuba korang bayangkan sakit dia macam mana? Ya Allah! Apapun, Ohmedia doakan agar akak ni dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah, amin.

Sumber: Kisah Rakyat Seluruh Malaysia - KRSM

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.