Wah, Tak Sangka Kerajaan New Zealand Buka Permohonan Untuk Rakyat Malaysia Bekerja Di Sana! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wah, Tak Sangka Kerajaan New Zealand Buka Permohonan Untuk Rakyat Malaysia Bekerja Di Sana!


Korang pernah terfikir tak untuk bekerja di luar negara? Ohmedia sebenarnya nak bagitahu, mungkin ni peluang terbaik untuk korang tau! Bukan apa, kerajaan New Zealand nak buka permohonan visa untuk rakyat Malaysia bekerja secara sah dari segi undang-undang di sana.

Alaa, sambil tu korang boleh lah melancong dekat sana kan? Haa apa lagi, korang boleh daftar secara online di Malaysia Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 ni jam 10 pagi waktu sana. Kalau waktu Malaysia, pukul 5 pagi gais!

Kalau korang nak dapatkan visa ni, caranya senang je. Umur korang haruslah berusia 18 tahun hingga 30 tahun, rakyat Malaysia dan boleh duduk di New Zealand hanya enam bulan je. Tak boleh lebih okay. Bukan tu je, atleast korang kena ada duit sebanyak $2,250 untuk penginapan korang sendiri.

Sumber: AmazingNara , New Zealand Immigration

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Youtube






Dikuasakan oleh Blogger.