(Video) Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur!


Tak pasal-pasal Whiskas kena rembat dengan seekor arnab. Kah! Baru-baru ini, ada seorang pengguna yang bernama @hansvii_ berkongsi satu video dan beberapa gambar di Twitter mengenai haiwan peliharaannya.

Menurut @hansvii_, kucingnya asyik 'meow' seolah-olah mengadu kepada dia bahawa ada seekor arnab tengah memakan Whiskas (jenama makanan kucing). Ya lah, kucing tu baru je nak dinner. Dah kena rembat dengan si arnab tu.


Arnab @hansvii_ tu memang rare kan? Biasanya kita tengok arnab memakan sayur-sayuran seperti lobak merah. Yang ni memang lain daripada yang lain gais. Arnab dia makan whiskas. Haha!

Sabar jelah cik Meow. Nak buat macam mana? Rata-rata ramai netizen turut rasa terhibur apabila melihat reaksi kucing tu. Tweet yang dimuatnaik oleh @hansvii_ ini telah mendapat 19.1k retweets dan 21.5k likes di Twitter.

OHMEDIA: TAK APALAH, MEOW. SHARING IS CARING.

Sumber: @hansvii_

+ Baca respon pembaca pencinta haiwan di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.