(Video) Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar, Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar, Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong!


Sayu hati Ohmedia bila dapat tahu berita tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Vellfire yang dimaklumkan hangus terbakar selepas dikatakan terbabas melanggar penghadang jalan. Kejadian dilaporkan berlaku di lebuhraya PLUS berhampiran susur Bertam, Kepala Batas menghala ke arah utara.



Lebih menghayat hati, bapa dan anak perempuan adalah mangsa yang maut ditempat kejadian. Menurut info, ada saksi mendakwa mendengar jeritan si anak menjerit meminta tolong sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Akibat api yang terlalu marak, kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan, walaubagaimanapun isteri mangsa berjaya diselamatkan.

Bukan mudah menerima hakikat ahli keluarga kita meninggal didpan mata kita sendiri, namun Ohmedia harapkan supaya ibu dan juga isteri kepada mangsa-mangsa yang maut tabah dengan kehilangan ahli keluarga tercinta.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.