(Video) Gadis Amerika Ini Buat Orang Terpukau Dengan Alunan Ayat Kursi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Gadis Amerika Ini Buat Orang Terpukau Dengan Alunan Ayat Kursi



Finalis Arab Got Talent berbangsa Amerika, Jennifer Grout telah telah memukau ramai orang dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Ayatul Kursi yang merupakan ayat Ke-255 dari Surah Al-Baqarah. Untuk pengetahuan korang, Jennifier telah lama mendalami Al-Quran dan memeluk agama Islam pada tahun 2013 di Morocco. Alhamdulilah.




Jennifier Grout yang kini berusia 28 tahun memiliki darah Ireland-AS dan telah lahir serta dibesarkan di Boston, Amerika Syarikat. Jennifier memang sangat minat dengan lagu Arab dan sudah jatuh hati dengan muzik Morocco. Ohmedia nak kongsikan dekat korang video beliau yang berjaya menarik perhatian orang ramai.


Macam ini lah yang kita boleh jadikan sebagai contoh dan juga idola pada masa kini. Sebutan bahasa Arab beliau memang sempurna dan Jennifier juga ada beritahu bahawa alunan yang digunakan beliau berdasarkan alunan bacaan Al-Quran dari seorang Qari terkenal iaitu Mohammad Siddiq Al-Menshawi.

Sumber : The Patriots


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Dikuasakan oleh Blogger.