(Video) Bos Beri Hadiah Anugerah Kerajinan, Pakcik Tak Sangka Dapat Tunaikan Impian - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Bos Beri Hadiah Anugerah Kerajinan, Pakcik Tak Sangka Dapat Tunaikan Impian


Alhamdulillah, masih ada lagi orang yang baik hati dekat atas bumi ni. Memang jarang kita tengok bos belanja staf pakej umrah. Lagi-lagi, bos yang berlainan agama dan bangsa.

Baru-baru ini, ada seorang pengguna yang bernama @MOFASAD berkongsi satu video di Twitter mengenai seorang pakcik mendapat hadiah anugerah kerajinan dari bosnya yang berbangsa Cina.


Wah, rezeki pakcik untuk menjadi tetamu Allah. Kalau korang nak tahu pemilik akaun Tiktok yang bernama @khiu19 tu rupa-rupanya seorang pengasas dan CEO syarikat MK Curtain Group tau.

Pergh! Bukan biasa-biasa orang ni rupanya. Nama penuh dia ialah Dato' Dr Calvin Khiu yang selalu bagi motivasi mengenai pengurusan kewangan untuk usahawan yang nak berjaya.

Terima kasih kepada Dato' Dr Calvin Khiu kerana sudi merealisasikan impian pakcik ni sejak dulu lagi. Alhamdulillah, semoga beliau dapat menginspirasikan kepada korang semua!

Sumber: @MOFASAD

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.