Vaksin Virus Wuhan Telah Dihasilkan Tetapi Perlu Masa Untuk Ujian - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Vaksin Virus Wuhan Telah Dihasilkan Tetapi Perlu Masa Untuk Ujian


Isu wabak koronavirus semakin hangat diperkatakan. Baru-baru ini seorang saintis dari Hong Kong telah mendakwa vaksin untuk wabak virus ini telah dihasilkan namun memerlukan sedikit masa untuk mengujinya.

Semua pakar di tanah besar China dikatakan sedang berlumba-lumba mencari cara penghasilan vaksin untuk merawat wabak koronavirus yang telah membunuh lebih dari 100 orang dan telah menjangkiti ribuan manusia.

Yuen, merupakan ketua bahagian penyakit berjangkit di Universiti Hong Kong mengatakan pasukkannya juga sedang sibuk menghasilkan vaksin dan telah pun mengasingkan virus yang tak diketahui itu.


Kami telah menghasilkan vaksin tersebut, namun ianya memerlukan masa yang lama sebelum boleh mengujinya pada haiwan. -katanya

Menurut sumber yang Ohmedia baca, vaksin itu memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun untuk dijalankan ujian klinikal pada manusia sebelum ianya digunakan. Hmm lama jugak tu, semoga wabak ini masih terkawal!

Apa yang Ohmedia baca lagi, sekiranya vaksin itu berjaya, ia boleh menjadi jawapan kepada penyakit yang telah menjangkiti lebih dari 4,600 orang di seluruh dunia dan telah membunuh 100 orang di China.

Sumber: Siakap Keli

+ Baca respon pembaca vaksin virus wuhan telah dihasilkan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.