Tun Mahathir Menteri Pendidikan Baru, Persatuan Guru Harap Ada Sinar Perlaksanaan Jawi Disekolah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tun Mahathir Menteri Pendidikan Baru, Persatuan Guru Harap Ada Sinar Perlaksanaan Jawi Disekolah!

Sumber gambar dari Denyut Reformasi
Sebelum ini hangat diperkatakan tentang isu perlaksanaan Jawi disekolah vernakular yang ditentang oleh NGO sekolah-sekolah cina sehingga sebuah kongres diadakan bagi menentang perlaksaksanaannya. Terdapat khabar angin mengatakan kemuncak perkara ini telah menyebabkan Maszlee Malik diminta oleh Tun Mahathir untuk berundur dari jawatan Menteri Pendidikan melalui sepucuk surat dengan 17 perenggan yang ditulis sendiri  oleh Tun Mahathir.

Walaubagaimanapun jawatan berkenaan telah diisi oleh Tun Mahathir sebagai pemangku bagi mengisi kekosongan jawatan penting berkenaan. Perkara ini telah mendapat reaksi rakyat terutamanya yang cakna dengan manifesto Pakatan Harapan dimana seorang perdana menteri tidak boleh pegang lebih dari satu portflio. Jelas ini telah melanggar manifesto Pakatan Harapan yang digunakan untuk memancing undi ketika PRU14 lepas.

Namun, ada NGO yang mengharapkan naiknya Tun Mahathir, Bahasa Melayu dapat diperkasakan dan Jawi dapat diteruskan perlaksanaannya disekolah. Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik menyambut baik pelantikan Tun Mahathir sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dan mengharapkan dasar-dasar pendidikan sebelum ini dilaksanakan sepenuhnya serta menyatupadukan rakyat Malaysia melalui pendidikan.

Menurut Pengerusi Biro Pembangunan Modal Insan Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Datuk Ahmad Shamsuddin Ramli berkata, sebelum ini Tun Mahathir pernah mencadangkan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan dimana seklah satu aliran, sekolah diwujudkan ketika dibawah pentadbiran beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Ke 4. Jadi perlantikan Tun Mahathir bertepatan dengan  saranan kerajaan untuk menuju Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Dikuasakan oleh Blogger.