Tiga Penunggang Motosikal Dirempuh Dengan Pemandu Kereta Mabuk! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tiga Penunggang Motosikal Dirempuh Dengan Pemandu Kereta Mabuk!


Sejak kebelakangan ni banyak pula kes kemalangan kan? Kebanyakannya sebab pemandu cuai dan pemandu mabuk. Orang lain yang buat hal, kita yang jadi mangsa! Baru-baru ini, ada seorang pengguna yang bernama Fauzi Aziz di Facebook berkongsi beberapa gambar di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.


Kalau korang nak tahu, ada tiga penunggang motosikal dirempuh dengan pemandu kereta yang mabuk. Nak tahu apa jadi dekat mangsa? Dua orang cedera dan manakala lagi satu tu meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun.


Pemandu kereta yang mabuk tu adalah berbangsa cina dan menaiki kereta Ford Ranger warna kelabu. Bila lagi pihak yang bertanggungjawab nak ambil tindakan terhadap pemabuk ni?

Hmm...Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua. Bawalah kereta dengan cermat. Biar lambat asalkan selamat. Betul tak gais? Apapun, salam takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Fauzi Aziz

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.