Selepas Thailand, Vietnam Pula Tahan & Kuarantin Pelancong China Kerana Bimbang Bawa Virus Corona Misteri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Selepas Thailand, Vietnam Pula Tahan & Kuarantin Pelancong China Kerana Bimbang Bawa Virus Corona Misteri


Nampaknya tahun 2020 telah dimulakan dengan banyak perkara yang kurang baik dan ia bermula dari ketegangan AS dan Iran. Sekarang? Kita menerima pula serangan virus penyakit misteri. Negara kita sedang dilanda virus Influenza dan kini jumlah pesakit semakin bertambah yang kebanyakannya dihidapi pelajar-pelajar sekolah.

Negara China juga dimaklumkan telah menerima serangan coronavirus di wilayah Wuhan dan seorang pesakit telah meninggal dunia dan ramai lagi masih kritikal. Thailand sebelum ini telah membuat keputusan untuk menahan dan meletakkan semua pelancong dari China di pusat kuarantin dan Vietnam turut mengikut jejak langkah Thailand.

Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan dua orang pelancong dari China telah dikesan dijangkiti virus corona misteri selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang dan langkah ini diambil.

Jepun juga telah mengesahkan yang seorang rakyatnya telah dijangkiti virus ini semasa melancong ke Wuhan China.

Jadi bagaimana pula dengan kita? Adakah kita hanya akan bertindak selepas menerima seorang pelancong bawa virus corona misteri ini masuk dalam negara?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.