Taman Tema Air Sekolah Pertama Di Malaysia, Guru Ini Berjaya Tarik Minat Anak Murid Ke Sekolah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Taman Tema Air Sekolah Pertama Di Malaysia, Guru Ini Berjaya Tarik Minat Anak Murid Ke Sekolah


Apa perkara yang korang masih ingat bila pertama kali pergi sekolah? Mungkin ada yang gembira, menangis dan ada juga yang terkencing, terberak dalam seluar. Betul tak? Haha! Situasi macam ni kita masih boleh tengok dekat anak-anak kita sekarang dan apa yang menariknya guru-guru juga turut semakin kreatif untuk menarik minat budak-budak untuk pergi sekolah.


Korang percaya tak kalau Ohmedia kata dekat sekolah pun ada taman tema air? Aha, inilah antara usaha yang dilakukan oleh guru cemerlang dari Johor Bharu iaitu Alfian Mansor yang terfikir untuk membuka taman tema air di prasekolah Az Zahrah yang berada di Sekolah Orang Asli Sayong Pinang.


Kesannya, sekolah ini berjaya mencipta rekod kehadiran 100 peratus dari kalangan pelajar prasekolah. Menurut dari apa yang dinyatakan GPS Bestari, kebanyakan sekolah orang asli mempunyai masalah kehadiran pelajar dan usaha yang dilakukan guru terbabit ternyata berhasil menarik minat murid untuk pergi ke sekolah.

Tapi, murid ni bukan hanya seronok main air jer tau, mereka juga didedahkan dengan aktiviti menjaga kebersihan diri, menjaga keselamatan diri dan perlindungan seksual sepanjang minggu orientasi tersebut.



Untung budak-budak ni kan dapat rasa semua ni. Kalau kita dulu balik sekolah baju basah juga. Kalau tak pergi mandi sungai, mesti pergi berguling atas padang sekolah yang berlecak, haha!

Sumber: GPS Bestari

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.