Sony Kejutkan Orang Ramai! Hasilkan Kereta Elektrik Vision-S Dengan Teknologi Tercanggih - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sony Kejutkan Orang Ramai! Hasilkan Kereta Elektrik Vision-S Dengan Teknologi Tercanggih


Ohmedia tahu semua orang tengah teruja dengan pengumuman Sony untuk projek PlayStation 5 tadi, tapi Ohmedia lebih teruja dengan penghasilan kereta elektrik dengan konsep Vision-S dari Sony gais! Mesti ramai yang tak sangka dengan pengumuman Sony ni kan? Mana taknya, sejak dari 1946 lagi Sony ni hasilkan alat elektrik jer dan nampaknya Sony teruskan evolusi dalam industri automotif pula.


Kereta elektrik Sony Vision-S ni diumumkan pagi tadi di CES. Apa yang dapat dilihat, kenderaan ini dilengkapi dengan gajet yang canggih dengan sistem audio 360 darjah. Paparan skrin LCD pada bahagian depan kereta ni memang jadi idaman Ohmedia sebab skrin dia penuh di sepanjang dashboard. Sistem kamera sisi pun ada sekali dekat bahagian hujung. Pada bahagian belakang pula, turut diletakkan dua skrin LCD yang besar.


Semua sistem yang digunakan Sony ini turut dikuasakan dan dibangunkan oleh Blackberru QNS, Qualcomm, NVIDIA, Bosch, Magna dan HERE Maps.


Namun, Sony tidak menerangkan secara terperinci lagi tentang sistem motor elektrik yang akan digunakan, kapasiti bateri, jarak perjalanan dan kelajuan yang mampu dihasilkan kenderaan ini. Apa-apapun ini permulaan yang baik untuk Sony dan harap ia dapat menjadi realiti.


Sumber: Amanz

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.