Shrewsbury Town Mampu Singkirkan Liverpool - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Shrewsbury Town Mampu Singkirkan Liverpool



Perlawanan ulangan Piala FA Inggeris di antara Liverpool dan Shrewsbury Town dijadualkan pada 4 atau 5 Februari di tempat keramat The Reds iaitu Stadium Anfield. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan beliau hanya akan menurunkan pemain muda untuk beraksi di perlawanan ulangan tersebut.

Perlawanan yang berlangsung di Shrewsbury minggu lepas menyaksikan Liverpool terikat 2-2 selepas tuan rumah melakukan comeback hasil 2 jaringan daripada pemain gantian mereka, Jason Cummings. Ohmedia dapat rasakan hanya pasukan kerdil setakat ini yang mampu cipta kejutan ketika menentang Liverpool.


Perkara positif yang kita akan dapat tengok pada perlawanan ulangan nanti ialah barisan kedua Liverpool dengan pemain muda berbakat mereka antaranya Curtis Jones, William dan Larouci. So Ohmedia ucapkan selamat maju jaya buat Liverpool dan Shrewsbury Town, semoga pemain kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang cemerlang nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.