OM Leaderboard Ad

Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus, Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia!

Sumber gambar dari detikNews
Nampaknya penularan virus ini begitu cepat sekali, dalam masa 24 jam, Malaysia telah terima seorang lagi pesakit yang positif dengan virus ini. Bukan Malaysia sahaja, Singapura juga turut meningkat. Namun setakat ini yang Ohmedia tau, tiada lagi kes rakyat tempatan yang terkena virus ini setakat ini. Namun, sebagai  langkah berjaga-jaga, korang kena amalkan kebersihan diri paling tinggi bagi mengelakkan virus ini berjangkit dekat korang. Contohnya kerap sanitize tangan korang lepas pegang sesuatu benda.

Di China terutamanya di Wuhan, tempat dimana virus ini menular, jumlah angka yang terkorban akibat virus ini telah meningkat kepada 55 orang, (setakat artikel ini ditulis) dari beribu yang terjangkit. Di Twitter, ramai pengguna platform medsos berkenaan berkongsi situasi sebenar keadaan Wuhan setakat ini. Ada yang Ohmedia tengok mayat-mayat dibiarkan dikaki lima hospital dan ada juga yang berkongsi video nurse dan doktor-doktor disana burnout kerana terlalu penat merawat pesakit yang semakin banyak. Menurut info, tenaga doktor ini dikerah secukupnya, sekiranya mereka berhenti merawat, kelayakan doktor berkenaan akan dibatalkan. Betul atau tidak, hanya mereka yang tahu.





Walau bagaimanapun, meskipun ada negara yang menghantar balik pelancong-pelancong China contohnya Filipina, namun Ohmedia tidak dapat bayangan sama ada Malaysia akan buat perkara yang sama. Macam pagi tadi Ohmedia ada terbaca satu kisah dimana seorang budak yang dijangkiti dengan virus ini dilarikan oleh orang tuanya yang tidak mahu anaknya dikuarantin. Tak pasti sama ada cerita ini betul atau tidak, sebab kejadian tersebut dilaporkan di Johor Bahru dan sekiranya dikira kembali, kalau termasuk budak berkenaan, kes akan meningkat kepada 5 orang. Apapun, stay safe guys! pastikan korang jaga kebersihan diri untuk elak benda ni menular.

Sumber gambar dari Twitter @iamajayrahman

Sumber:  New Straits Times

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.