"Saya Kahwin Kerana Wang", Model Ini Belanja Wang Suami RM3.7 Juta & Minta Cerai Selepas Tahu Suami Tak Ada Duit - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Saya Kahwin Kerana Wang", Model Ini Belanja Wang Suami RM3.7 Juta & Minta Cerai Selepas Tahu Suami Tak Ada Duit


Betul ke semakin ramai wanita zaman sekarang ni yang hanya ingin berkahwin dengan orang kaya? Tak hensem pun tak apa katanya, asalkan poket tebal. Mungkin tak semua wanita macam ni sebenarnya gais, sebab duit bukan segalanya. Betul ke?

Tapi sekarang Ohmedia nak kongsi tentang seorang model dari Jepun yang dikenali sebagai Kato Sari dan baru-baru ini dia telah membuat pengumuman di Youtube tentang penceraiannya. Kisahnya ini viral kerana baru seminggu berkahwin dan tiba-tiba bercerai dengan alasan suaminya itu sudah tidak mempunyai duit.


Menurut laporan portal WOB, Kato telah berkahwin dengan seorang pengurus sebuah syarikat hartanah pada September 2019 dan mereka dikatakan mula bercinta sejak Mei 2019.

Tapi kalau korang nak tahu, sebelum bercerai Kato sempat membelanjakan 100 juta Yen atau RM3.7 juta duit bekas suaminya dan ia dibelanjakan hanya dalam masa 3 bulan sahaja sebelum majlis perkahwinan mereka. Tidak cukup dengan itu, Kato juga telah menerima sebentuk cincin perkahwinan yang bernilai 3 juta Yen atau RM111,000. Tapi ini berlaku selepas itu.

Katanya, dia sudah jatuh miskin dan tidak ada lagi wang untuk diberikan kerana syarikatnya mempunyai masalah kewangan. Jadi apa guna saya berkahwin dengannya? Dia telah tipu saya untuk tandatangan dokumen perkahwinan itu. - Jelas Kato.

Mesti Kato bengang kan? Maklumlah, dah tak dapat nak berbelanja mewah lagi beli beg berjenama, pakaian, kereta mewah dan macam-macam lagi. Kato siap mengaku lagi yang dia tidak minat dengan lelaki miskin. Ini kenyataan dia.


Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit dan saya berkahwin kerana wang. - Kato Sari.

Kato juga menambah yang kaum wanita perlu buat macam ni pada kaum lelaki kerana wanita perlu melalui proses kehamilan dan melahirkan anak dan lelaki tak buat apa-apa. Mereka hanya perlu cari duit untuk keluarga.

Jadi apa yang korang akan buat bila jumpa dengan sikap orang yang materialistik macam ni?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.