Header Ads

Luahan Hati Seorang Isteri Untuk Arwah Suami Buat Netizen Sebak!


Kehidupan harus diteruskan. Namun apalah erti kehidupan tanpa orang yang kite sayang? Begitulah perasaan seorang isteri yang kehilangan suami tercinta untuk selama-lamanya. Tak dapat dibayangkan hidup sendirian setelah sekian lama berpasangan. Lagi hebat bila diuji membesarkan seorang anak hasil perkahwinan bersama tanpa seorang ayah disisi. Begitulah luahan hati Amy Mastura menerusi lama sosialnya di Facebook. Amy berkongsi kisah sedihnya kehilangan suami akibat kemalangan telah mencuri perhatian netizen.

Ayang rindukan abang sangat


Tahun 2019 adalah tahun yang berguguran airmata. Ayang rindu segala gelak ketawa abang. Telatah gurauan abang. Abang suka usik ayang, ayang rindu abang. Rindu sangat abang. Rindu yang tiada penghujungnya. Rindu yang tiada noktahnya.


Sebelum kejadian abang kemalangan



Malam terakhir kita keluar, kita keluar pegi cari makan macam malam sebelumnya. Singgah beli burger kat Aakif, ingat lagi abang letak Aakif kat stereng kereta Axia, time tu Aakif takmo pegang stereng kereta sebab Aakif merajuk kena marah dengan papa dia, dan-dan abang tanya "Awat Aakif takmo pegang dah ka stereng kereta papa nie" ? Ayang tanya abang, abang nak makan burger apa? Abang cakap abang taknak makan apa, abang sakit dalam mulut. Sampai balik rumah, ayang tengah buka burger nak makan kat meja makan, ayang tanya lagi abang, abang takmo ka makan burger sekali dengan ayang ? Jom lah kita share, ayang pun makan bukan nak habis sangat. Abang jawab, abang takmo ayang. Makan lah burger tu. 10Minit kemudian abang mintak ayang bancuhkan air bandung, & mintak biskut. Ayang bancuh air tu bawak sekali dengan biskut terus letak kat abang. Time tu abang tengah baring main game. Ayang tak sangka tu kali terakhir ayang buatkan air bandung kat abang, air kesukaan abang.


Tak sangka hari Ahad ni hari terakhir abang



Abang beria-ia nak bawak Aakif pegi aman central, nak berjalan kat Aloq setaq hari Ahad tu. Tapi tak sangka hari Ahad tu tragedi abang kemalangan. Luluh hati ni abang. Bila dapat tau abang kemalangan. Ayang pergi tempat kejadian, time tu abang dah pegi hospital. Ayang tengok kereta Axia kita teruk sangat, ayang sangka kan kereta je teruk, abang cuma luka-luka je. Hakikatnya tak abang, abang tengah bertarung nyawa kat zon kritikal.


Tunggu ayang di syurga, Al-fatihah



Pernafasan abang dua kali berhenti sayang. Luluh hati ayang abang, meraung, menangis. Tak hirau dah orang sekeliling ayang. Ujian Allah bagi ni berat sangat abang. Ayang tak tau nak mulakan hidup sekarang macam mana ? Hidup tanpa abang buat selamanya. Berat abang ujian Allah berikan bagaikan mimpi. Sekelip mata saja hidup ayang berubah.Ayang rindu abang. Tenanglah abang kat sana. Tunggu ayang kat pintu syurga. Al-fatihah buat syurga cintaku.

Sumber: Amy Mastura

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.