Rakyat China Bawa Masuk Kes Pertama Virus Corona Misteri Ke Singapura - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Rakyat China Bawa Masuk Kes Pertama Virus Corona Misteri Ke Singapura


Terkini, negara jiran Singapura pula dilaporkan menerima satu kes pertama melibat virus corona misteri. Sebelum ini Ohmedia ada naikkan artikel mengenai 4 rakyat Malaysia yang turut disyaki terkena wabak virus dari China ini. Tetapi pihak kementerian telah mengesahkan ke semua pesakit negatif jangkitan virus corona misteri ini.

Untuk Singapura pula, seorang lelaki berusia 66 tahun itu merupakan penduduk Wuhan, China dan tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Januari lepas.

Sekarang, lelaki Wuhan terbabit telah ditahan di Hospital Umum Singapura dan dikuarintin. Memetik laporan media Singapura, pesakit itu pada mulanya hanya mengalami sakit tekak semasa dalam penerbangan dan keesokkan harinya, dia mula demam dan batuk-batuk.

Untuk kita, jika korang atau orang sekeliling terkena demam, cepat-cepatlah lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.