Semua Terkorban, Pesawat Pengebom Air Terhempas Ketika Dalam Misi Padam Kebakaran Hutan Australia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Semua Terkorban, Pesawat Pengebom Air Terhempas Ketika Dalam Misi Padam Kebakaran Hutan Australia


Lagi kejadian melibatkan pesawat terhempas dan kali ini ia melibatkan pesawat tangki yang sedang dalam misi memadamkan kebakaran hutan di rantau alpine Australia. Tiga orang maut dalam kejadian itu kata Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian.

Pesawat jenis C-130 Hercules itu sedang melakukan operasi memadam dan pihak perkhidmatan bomba telah terputus hubungan sejurus selepas jam 2 petang.

Berdasarkan laporan awal, berlaku letupan kuat hasil impak pesawat berkenaan terhempas ke tanah. Tiada mangsa terselamat dalam nahas yang berlaku di kawasan Snowy Monaro itu. - Katanya.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.