Peragut Dirempuh Kenderaan Mangsa Dilaporkan Meninggal Dunia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Peragut Dirempuh Kenderaan Mangsa Dilaporkan Meninggal Dunia


Kalau korang masih ingat, baru-baru ini ada tersebar satu video menunjukkan seorang individu telah melanggar seorang peragut yang menaik motosikal dengan kereta sehingga menyebabkan peragut terjatuh dan termasuk ke bawah kenderaan.

Dalam video yang tersebar itu, kita dapat melihat individu yang melanggar suspek telah menunjukkan bukti rantai emas yang telah diragut suspek.

Sumber video: Kes Ragut Di Puchong Bandar Puteri

Terkini, suspek dilaporkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dibawa ke Hospital Serdang.

Kejadian bermula pada jam 6.24 petang apabila mangsa lelaki berusia 44 tahun dikatakan hendak masuk ke dalam kereta sebelum suspek yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR merentap rantai leher emas dipakainya dari belakang. Suspek kemudian terus melarikan diri menyebabkan mangsa beredar dari tempat kejadian. Bagaimanapun, mangsa dikatakan terserempak dengan suspek di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dalam keadaan dia menunggang motosikal secara melawan arus. Suspek memberhentikan motosikalnya di tengah jalan secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat membrek dan terus merempuh suspek. - Kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan

Dalam pada itu, suspek rupanya telah melakukan beberapa jenayah sebelum ni termasuk pernah terkait dengan dadah dan kes samun. Dalam perkembangan lain, kes kini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa-apapun, Ohmedia harapkan ini dapat dijadikan pengajaran buat semua peragut ataupun mereka yang ada berniat untuk melakukan perkara terkutuk sebegini. Kita juga memang geram dengan orang yang mengambil jalan mudah untuk ada duit tanpa mengira nyawa orang lain.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.