OM Leaderboard Ad

Penurunan 18% Kadar Tol PLUS Bermula 1 Februari Ini, Lebih Murah Berbanding Tahun 1999


Sebelum ini ada ura-ura mengatakan kerajaan bakal menjual Lebuh Raya PLUS dan sekarang keputusan itu ditangguhkan dan akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan KWSP.

Kerajaan turut mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18% bermula pada 1 Februari ini. Penurunan ini juga dikatakan akan lebih murah berbanding kadar tol pada tahun 1999 dan kerajaan tidak akan menanggung apa-apa kos atau perlu membayar kepada pihak konsesi.

Tapi, tempoh konsesi akan dilanjutkan selama 20 tahun lagi iaitu dari tahun 2038 hingga 2058 bagi memastikan penyelenggaraan dan operasi jalan raya terus dijaga tanpa melibatkan kerajaan.

Sebelum ini pihak konsesi ada menyatakan bakal menaikkan kadar tol secara berperingkat. Nampaknya mereka telah menukar keputusan. Barulah rakyat senang hati dengar berita ni kan? Walaupun sebenarnya rakyat harap tol dihapuskan.

Untuk lebih detail, korang boleh baca kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.





Dikuasakan oleh Blogger.