Penulis Utama Watak Ultraman Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Penulis Utama Watak Ultraman Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Sumber Gambar : Orends: Range

Masa kecil mesti korang suka menonton cerita Ultraman kan. Boleh dikatakan setiap kali cuti hujung minggu Ohmedia akan menonton adiwira Jepun ini beraksi di kaca Televisyen. Paling jadi favourite Ohmedia dulu adalah Ultraman Tiga. Tapi sekarang dah ada pelbagai Ultraman generasi baru yang muncul.




Untuk pengetahuan korang, Ultraman Ribut buatan Malaysia pun sudah dipilih sebagai salah satu Ultraman generasi baru. Waalaubagaimanapun Ohmedia nak kongsi satu berita sedih di mana penulis watak Ultraman iaitu Shozo Uehara telah meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser hati.





Shozo Uehara merupakan penulis utama untuk Ultra Q dan The Return Of Ultraman. Jika korang perasan pada tahun 1966 dan 1967 Shozo Uehara ada menghasilkan satu video pembukaan untuk Ultraman. Satu kehilangan besar dalam industri adiwira di Jepun dan Asia. Terima kasih Shozo Uehara di atas jasa anda selama ini.

Sumber: Amazing.Nara

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.