Header Ads

Pengguna eWallet Berpendapatan Tahunan Kurang RM100 Ribu Boleh Tuntut RM30


Masih ingat lagi tak dengan pengumuman belanjawan 2020 negara di mana kerajaan telah merancang untuk memberikan rangsangan digital secara one-off sebanyak RM30 kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas? Mulai esok 15 Januari 2020 RM30 ini akan mula diagihkan.

Usaha ini dilakukan kerajaan bagi menggalakkan pengguna untuk menggunakan dompet digital yang kini sudah semakin banyak pilihan yang boleh kita gunakan. Tapi, untuk agihan ini ia akan dilakukan melalui 3 aplikasi terpilih iaitu, Touch nGo eWallet, Boost dan GrabPay.


Jadi, korang dah buat permohonan belum? Kalau belum, korang boleh buat permohonan melalui 3 jenis dompet digital yang disenarikan dan syaratnya mestilah rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Korang yang belum ada eWallet tu, boleh lah muat turun sekarang dan pengagihan ni sah dari 15 Januari hingga 14 Mac 2020.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.