Pelik! Kenapa Jam Yang Dijual Di Kedai Sentiasa Menunjukkan Pukul 10:10? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelik! Kenapa Jam Yang Dijual Di Kedai Sentiasa Menunjukkan Pukul 10:10?


Apa yang Ohmedia pernah dengar mengenai kenapa jarum jam sentiasa menujukkan jam 10.10 adalah kerana ia dikaitkan dengan mitos kematian Abraham Linclon. Ok, siapa Abraham Lincoln ni? Ohmedia ringkaskan, Abraham Lincoln ni adalah salah seorang Presiden USA yang terhebat dalam sejarah. Beliau juga adalah salah seorang ahli gusti yang boleh dikatakan agak hebat. Namun, pada 14 April 1865 telah menjadi cacatan hitam dalam sejarah Amerika Syarikat kerana Abraham Lincoln telah ditembak semasa beliau menonton Teater Ford bersama isterinya. Beberapa mitos ada mengatakan yang Abrham Linclon ini telah ditembak pada waktu malam sekitar jam 10:15 dan meninggal pada kesokannya sekitar jam 7:22. Jadi, mitos seperti ini agak kurang diterima kerana bercanggah dengan mitos yang lain.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa apabila meletakkan jarum jam itu pada jam 10:10 ianya membentuk kedudukan yang seimbang. Sebagai contoh, otak manusia cenderung kepada keseimbangan dan simetri so, ianya boleh dijadikan sebab kenapa jarum jam menunjukkan waktu 10:10 adalah untuk menarik perhatian pembeli.


Pada pendapat Ohmedia pula, jarum jam tu diletakkan macam tu supaya jarum itu tidak menutupi logo pengeluar. So, logo pembuat jam itu akan kelihatan lebih jelas. Mungkin juga tarikh atau tambahan lain kat jam itu tidak terhalang oleh jarum dan senang untuk dilihat oleh bakal pembeli nanti. Apa pendapat korang pulak?

Sumber: Siakap Keli

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Dikuasakan oleh Blogger.