Pelakon Stark Girl Dalam Filem Captain America Ditangkap Bunuh Ibu Kandung - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelakon Stark Girl Dalam Filem Captain America Ditangkap Bunuh Ibu Kandung


Viral pula dekat sosial media baru-baru ni bila seorang pelakon cantik yang pernah memegang watak sebagai Stark Girl di dalam filem Captain America The First Avenger telah ditangkap pihak polis apabila telah dikatakan membunuh ibu kandungnya sendiri.

Mayat ibunya, Patricia ditemui dengan kesan tikaman di badan oleh pihak polis apabila menerima panggilan ada ancaman serangan bersenjata di rumah mereka. Mollie Fitzgerald kemudian direman selama 11 hari bagi siasatan lanjut.

Kawan kepada Mollie turut mendedahkan yang keadaan kawannya sejak beberapa tahun ini tidak normal sehingga membuat tuduhan tak masuk akal ke atas ibu bapanya sendiri.

Kini, Mollie ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 dan akan dibicarakan di mahkamah.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.