OM Leaderboard Ad

Padang Pasir Bertukar Salji Di Saudi Arabia Buat Netizen Tanda Tanya


Sepertimana yang korang tahu negara Arab Saudi adalah tempat yang dipenuhi dengan padang pasir dan cuaca panas tetapi kali ni Arab Saudi dilanda salji gais. Pergh, biar betul? Bestnya!


Sebenarnya tak ganjil pun bagi diorang sebab daerah Tabuk adalah tempat paling sejuk di Arab Saudi dan salji pernah turun tau dekat tempat diorang dari tahun lepas lagi. Paling sejuk pun, tempat tu pernah mencecah sehingga 4 Celcius weh.


Cuba korang tengok video tu, cantik sungguh pemandangan dekat sana! Menurut ahli meteorologi, salji tu terjadi disebabkan angin dari negara Eropah bertembung dengan angin Mediterranean. Sebab itulah cuaca menjadi sejuk dan salji turun dekat situ.


Mungkin bagi korang pelik lah kot sebab korang mesti ingat Arab Saudi dipenuhi dengan padang pasir dan cuaca panas je kan? Ala macam negara Malaysia lah. Negara kita panas tetapi dekat Sabah sejuk pula. Haa gituuu.


Sumber: borakdaily

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.