Pelanggan Beratur Sampai Ke Malam Demi Nasi Kandar, Rupanya Ada Najis Tikus Dan Lipas Dekat Dapur - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelanggan Beratur Sampai Ke Malam Demi Nasi Kandar, Rupanya Ada Najis Tikus Dan Lipas Dekat Dapur


Dekat Pulau Pinang memang sangat la terkenal dengan nasi kandar tak kira di pelusuk mana-mana pun dekat sana, mesti akan ada kedai nasi kandar yang sedap-sedap. Apa yang mengejutkan semua, restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling iaitu Nasi Kandar Beratur yang sememangnya menjadi salah satu restoran nasi kandar yang menjadi kegilaan ramai  tu diarahkan tutup selama 14 hari.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pun menemui beberapa ekor tikut berkeliaran di kawasan dapur restoran tu. Bukan tu jer gais, didapati ada najis serta air kencing tikus dan juga lipas sewaktu pemeriksaan. Selain dari restoran terkenal ini, ada dua pasar mini juga diarahkan tutup disebabkan kes yang sama macam Restoran Nasi Kandar Beratur tu. Kesemua kedai ini diarahkan supaya tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan dan baru lah boleh beroperasi semula.

Pelanggan dah ramai cuma tinggal jaga kebersihan jer. Ohmedia harap semua restoran-restoran dekat luar sana jagalah kebersihan sebab takut kalau benda-benda macam ni jadi, ianya akan menjejaskan perniagaan korang. Takut-takut bila pelanggan dah dengar berita macam ni, diorang akan rasa hilang kepercayaan dengan kebersihan kedai korang dan akan rasa teragak-agak untuk datang ke sana.

Sumber : AmazingNara

+ Baca respon pembaca Nasi Kandar Beratur diarahkan tutup di Facebook Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.