'Rambut Panjang Tak Semestinya Jahat, Yang Pakai Tudung Tak Semestinya Suci' - Michael Ang - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

'Rambut Panjang Tak Semestinya Jahat, Yang Pakai Tudung Tak Semestinya Suci' - Michael Ang


Baru-baru ni, Michael Ang iaitu pelakon dan pengarah terkenal tidak berpuas hati dengan sikap netizen yang mengata benda yang tidak la sopan tentang anak kepada pasangan pelakon terkenal iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Penampilan Ahmad Fakhruddin Attar, anak pertama kepada mereka melalui Instagram Aeril Zafrel yang kelihatan berambut panjang dan tidak la terurus kerana bajunya dikatakan berkedut dan tidak la diseterika ketika hari pertama daftar ke sekolah membuatkan ramai netizen dekat luar sana membawang dan bercakap buruk.


Michael Ang mengatakan yang dia pun tidak faham dengan netizen-netizen sekarang. Rambut panjang tak semestinya kurang ajar, yang bertudung tak semestinya suci dan langsung tak buat dosa. Berpakaian tak terurus pun tak semestinya tak reti nak hormat orang. Michael Ang juga menasihkatkan kepada semua netizen supaya berfikir dulu sebelum komen dan terus mengata tentang orang serta menjaga adab. Ramai orang dekat luar sana yang sangat bersetuju dengan kata-kata Michael Ang ni!

Sumber : Gempak

+ Baca respon pembaca Michael Ang tidak berpuas hati di Facebook Oh! Media


Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.